Thursday, March 31, 2016 | By: my TiMe-eRa Sa

Syukur Alhamdulillah....Akhirnya....

syukur sesangat sebab apa yg dihajati selama hampir 4 tahun tercapai...
aq kene bersiap siaga untuk cabaran idup yang baru dan mungkin lg mencabar...
owhhh shifttttttt.....

tp janji ari2 balik rumah dapat jmpa org2 yg tersayang...




ok bye...
Sunday, November 22, 2015 | By: my TiMe-eRa Sa

Pengajaran & Pengalaman

Salam...

Siapa lah yang mahukan idup seperti ini...berjauhan dr keluarga tersyg..
Siapalah yang mahu melalui liku-liku seperti ini....kecuali jika kehendakNya..
Redha dgn segalanya...tetapi kita jgn lah terlalu awal utk menilai sesuatu...
cubalah meletakkan diri kita pd dirinya terlebih dahulu sebelum menyatakan sesuatu...
meskipun kita telah cuba meletakkan diri kita, kita masih juga tidak akan dpt
merasakan apa yg dirasakannya....hanya Dia sahaja yg tahu...kerana semuanya dengan izinNya..
Berat mata memandang, berat lg segala tubuh yang perlu memikulnya...

Jika kita hanya mampu pandang tanpa dapat membuat apa2, xperlulah kita mengeluarkan
apa2 bunyi...sdangkan perjalanan hidup kita masih kita xtahu dimana penghujungnya...
sentiasalah kita bersama mendoakan kebahagiaan idup kita dan org lain..
supaya semuanya aman bahagia sentosa...ingatlah pesan ini wahai diriku...jgn sesekali aq mempertikaikan sesuatu yg aq sndri tidak tahu dan tidak merasakannya....kerana sedang aq memikirkan itu, aq juga di uji bagaimana perihal yg aq sering memikirkannya....jgnlah terlewat wahai diri ini....

Sedang aq merasakan dugaan yang hebat sedang melanda diri dan keluargaku...
aq perlu sedar bahawa AQ MAMPU!!! mampu mengharunginya...
sedang aq dilanda dugaan ini juga, aq ditemukan dengan pelbagai lagi masalah yang
menghantui seseorg yang lebih hebat....seiring dengan itu juga lah aq mempersiapkan diri
mempelajari sesuatu utk aq menguatkan lg diri aq demi mengharungi liku2 ku sndri....aq kini menjadi lebih matang...ya menjadi matang dan lebih matang lg...tidaklah aq ingin memuji diri ini tetapi dgn cara ini aq meningkatkan lg kekuatan diri utk menempuhnya...

aq perlu melakukan sesuatu..aq perlu...Ya Allah berikan lah aq kekuatan yg lebih luar biasa yang mana aq sendiri tidak sedar bahawa aq mampu melakukannya tanpa mengusik sesiapa....
terlalu banyak aq merasakan diri ini menyukarkan yg lain demi kepentingan diri aq...aq berasa sgt2 bersalah...aq xmampu utk menebusnya...aq hanya mampu mengubah pd masa yg akan tiba...
tiada tangguhan yg perlu aq tangguhkan...perlu mempersiapkan diri utk memikul sebenar benar tanggungjwbku sndri...

Aq terlalu berbangga dan sgt2 bersyukur  mempunyai org2 yg berada disekelilingku kerana sentiasa bersiap siaga membantu diriku sekiranya aq menghadapi kesukaran...tidak dpt aq bayangkan adakah aq mampu utk memblsnya..aq memohon dan berharap agar aq dpt memblsnya...


INGATAN DARI DIRIKU BUAT DIRIKU....

#berilahaqkekuatan.......





******************TAMMAT****************

Thursday, September 17, 2015 | By: my TiMe-eRa Sa

Keputusan itu...

Salam sumer...
lamanya xupdate blog nie...bebetul dah bersawang..
Ya Allah, perpisahan kali ni bebetul menyentuh hati mengguris perasaan aq...
lepas naik cuti bersalin, aq terpaksa berpisah dengan beliau dan beliau sekali lagi...hanya bawa beliau seorg sahaja...
dan aq betul2 xsabar menunggu keputusan kali ini..
mungkin bulan depan keputusan akan keluar...
mudahan ada ruang dan peluang untuk aq....






*****************TAMMAT**************
Thursday, May 28, 2015 | By: my TiMe-eRa Sa

Seperti Dia - Amylea

Pagi ni masuk je kerja tetiba rasa nak nyanyi lagu

" ku lakukan semua hanya untukmu"....lalalallalal

xtaw lak knapa..rasa mcm sayu jer hati...
mungkin sbb last day sebelum cuti panjang ( dengan izin ALLAH)....
hmmm...xsilap ni lagu Amylea tok OST citer masa bulan pose dulu...

jom layan nak....

Amylea - Seperti Dia Lirik 

Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku... buktikan padamu

Ku jejak tiap haluan dia tuju
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua
Untukku... buktikan semua 


*hmmm bestnya....suka lak tetiba ngan lagu nie..*

k lah..bye2...



************TAMMAT************


Wednesday, May 27, 2015 | By: my TiMe-eRa Sa

Nailah Al-Farafisyah

Salam....

Kali ni rasa nak kongsi sesuatu...
Dulu masa mengandung teringin sangat nak letak nama anak Nailah Al-Farafisyah...
Betul2 teringin sangat sebab teringat kisah hidup beliau yang merupakan seorang wanita yang amat taat dan sayangkan suaminya....
Tapi mungkin bukan kali ni utk letak nama anak Nailah Al-Farafisyah...
So sapa yang sedang mencari nama anak tu kalo rasa nak tahu kisah hidup beliau, meh saya kongsikan kisah hidup beliau....

Jom.....

Dia seorang wanita yang cantik dan baik akhlaknya, isteri Khalifah Uthman bin Affan, Nailah Al-Farafisyah. Seorang isteri yang ikhlas, setia dan taat pada suami. Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy malah mempunyai ayah yang menganut agama nasrani, namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu kerana kelebihan kecantikkan, kebijaksanaan, kefasihan lidah serta kematangan fikirannya.

Nailah hidup di rumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan. Ketika pengepungan selama 50 hari di rumah Khalifah Uthman, orang yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah. Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah. Tiga orang telah terbunuh. Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah, namun masih ada dua orang yang melanggar perintah itu.

Muhammad bin Abu Bakar yang mengetuai pembelotan itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yang ikal. Khalifah menegurnya "Nailah, tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung, sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku." Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah, yang penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.

Kedua-dua lelaki tersebut telah berada dihadapannya. Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya. Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut. Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar, dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.

Muhammad mencabut janggut Khalifah, memukul kepala dan menikamnya. Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup. Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah, badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah. Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.

Sesudah pembunuhan itu, tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza. Mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang. Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah. Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.

Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang mencetus perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam. Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi "Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah." Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong.

Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya, "Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?" Lalu Nailah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.





******************** TAMMAT *************************